Wednesday, 24 September 2014

Kalini, aku nak share 'LIRIK' ciptaan sendiri, actually banyak lagi lyrics yang aku buat, semua lirik ni aku dapat ilham waktu dalam kelas Ergonomics and OT Management..haha, nampak la bosan teruk tu..tak sempat habis kat kelas, sambung kat bilik, adoi, what happen to you zaza, kawan kau study kau layan jiwang karat tak laku tu..haha, berangan nak jadi composertapi ayat tak manis, tak puitis, so blah kau x payah berangan...

CINTA DAN DOA

Sudah berkali ku cuba,
Kenapa masih ada ruang untukmu,
Kerna ku takut engkau bukan untukku..

Sudah berkali ku cuba,
Tapi namamu sentiasa dalam fikiranku,
Ku takut semua impian jadi tak nyata.

Tapi ku tak rela melihat dikau dengan yang lain,
Kerna di hatiku tiada yang lain selain kamu,
Yang kutahu namamu sentiasa di 
bibir..., dalam doaku...dalam doaku....

Oh tuhan, engkaulah tempat ku meminta,
Tak pernah ku lelah meminta,
Kerna kau pencinta setia, ku yakin pada kuasamu..


Oh tuhan, engkaulah tempat ku meminta,
Tak pernah ku lelah meminta,
Kerna kau pencinta setia, ku yakin pada kuasamu..

HABUK

Assalammualaikum, ya Allah, fuhh fuhh dah berhabuk wei..haha

rasa lawak, rasa malu, semua rasa ada bila bukak balik blog ni, malas nak delete, nampak tak best sebab tak banyak entry haha, at least aku ada juga kan share ngn korang pasal aku...welll, aku masih seperti aku yang dulu,mungkin sedikit berbeza dari segi perwatakan..lebih matang mungkin..haha

actually aku sendiri pon tak tau nak tulis apakat sini..hmmm , JODOH ??? masih jawapan yang sama.. saya masih menanti..penantian yang takkan pernah berakhir bila dalam penantian itu kita selitkan doa pada Dia, penantian penuh makna, mungkin itu anugerah terindah yang Allah masih simpan dan jaga supaya hubungan kami kelak, diikat dengan ikatan penuh keberkatan..

fokus study lagi penting...yeah, this is my final year, hmm rasa cepat kan, lagi 2 paper ja lagi , then BYE BYE PALAM...ada rezeki kan ku jejakkan kaki ku ke bumi bertuah ini lagi..
doakan aku berjaya, akulah bakal occupational therapist kelak,,insya'Allah...

Saturday, 21 September 2013

CARA MERAWAT KEDUKAAN

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
- Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
 - Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup :
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Jadi Sahabat Sahaja, Tak Perlu Kapel


Sahabat

Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?
Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.
Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.
Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?
Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.
Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.
Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan. 
Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.
Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. 
Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah
.
Rujukan :
buku: kerana cinta harus memilih (ust burhan sodiq)
kenapa nak susah hati bila takda pasangan lagi?
biaq p la kat orang couple tu,
esok lusa bila putus atau gaduh,
hati depa jugak yang sakit terluka kan?

Allah jaga hati kita,
supaya tak rasa terluka macam tu.

takkan tak bersyukur lagi kot?

Allah sayang kita,
ingat tu.”

cinta PERTAMA mungkin bukan yang TERAKHIR

Dia mungkin yang pertama...

Terima kasih sebab sudi terima perasaan saya dulu..tanggal 13/4/13.
kenapa saya pilih awak ?? sebab saya suka awak yang relax,cool and sempoi..
saya gembira sbb awak selalu care tentang diri saya..saya sorok rasa gembira itu..saya tak tunjuk pada awak!!

Tapi lama-kelamaan saya lihat awak bukan nya lelaki yg saya cari2 seperti dulu,awak dah berubah !! banyak sangat...awak tak kesah bergaul dengan perempuan,awak boleh saja keluar dgn perempuan lain, awak boleh saja berbalas mesej dgn perempuan lain..saya tahu semua tu !!

awak, hati perempuan mudah terluka,senang sangat nak jealous !! saya mmg tak pernah bersembang face to face dgn awak sbb saya akan jadi kaku bila tengok awak, kalau saya nampak awak, saya sanggup cari jalan lain supaya kita tak berselisih..hakikatnya awak sedar yang saya malu dgn awak !!!

saya makin rasa sakit hati bila awak pura-pura CARING pada saya dan pada waktu yg sama awak keluar dgn perempuan lain,awak layan perempuan lain...awak tahu apa saya rasa saat saya lihat awak dan dia..awak buat tak tahu..jadi saya dapat simpulkan kat sini,awak mmg tak kesah saya lihat benda tu semua dpn mata saya, sbb awak nak saya tahu yg awak dah ada org lain,,dan saya dah salah faham dalam permulaan hubungan selama ni...

permulaan yang disalah ertikan membawa kepada kehancuran..awak,lainkali cakap biar jelas,jangan malu nak tolak perasaan tu ,cakap tak payah nak berkias,,straight forward ja...

tanggal 20/9/2013..8.30 malam-10 malam di padang kawad..kita bersua muka dan buat kali pertamanya saya memberanikan diri utk berkata2 dan meluahkan segala perasaan yg ada dlm hati ni...biarlah masalah kita selesai dgn cara elok...

yeah...kita masing2 salah..masing2 salah faham, ada yang syok sendiri,ada yang hipokrit dgn pendirian...yeah,,malam tu juga kita saling betul-memperbetul kesalahan kita..supaya benda ni x kan berulang dgn pasangan kita nanti..yeah,,kita berdua masing2 masih mentah dlm hal2 perasaan sbb ini first time kita terjebak dlm benda2 ni...betul kata awak,benda ni pengalaman utk kita dan banyak pengajaran utk kita..

terima kasih sekali lagi atas segala keprihatinan awak selama ini...saya harap awak bahagia dengan dia dan saya bahagia dgn si dia yg bakal saya ketemu kelak..

terima kasih untuk pemberian itu,,saya akan simpan,kenangan permulaan persahabatan kita..
KENANG DAKU DALAM DOAMU

Saat Hati Aku Hancur Kerana CINTA PADA MANUSIA

Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan Hati wanita ketika bersedih...

Wanita marah bukan bererti dia pemarah, melainkan hatinya tengah terluka...

Wanita yang cenderung diam bukan bererti dia egois ataupun acuh tak acuh, melainkan diam itu lebih baik untuknya.

Ketika Hati wanita disakiti...
Mungkin susah di gambarkan dengan apapun, namun hancurnya hati wanita ketika disakiti lebih dari air matanya yang mengalir dengan perlahan..

Ketika Hati wanita disakiti...
Tak banyak yang dapat ia lakukan..
Yang ia tahu hanyalah air mata mengalir membasahi pipinya..
Yang ia tahu hanyalah dadanya yang terasa sesak..
Yang ia tahu hanyalah Sebuah tanda Cinta-Nya.

Jika kau ingin mengenggamnya maka genggamlah dengan halus..

Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan..

Kerana ia adalah makhluk yang sangat rapuh..
Jika diibaratkan kaca, Maka jangan terlalu kasar membersihkannya, kerana ia akan menjadi calar..

jika kau meletakannya jangan kau letakkannya dgn kasar kerana ia akan pecah...