Tuesday 9 October 2012

TANDAS AWAM

EM,,tiba-tiba aku baru terfikir pasal benda ni...ya Allah sungguh bertuah penghuni2 syurga kerana buat benda baik Allah kurniakan syurga yang sungguh indah.

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”


Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?" :')


Unforgettable memories at Nando's restaurant


Assalammualaikum,,

Actually aku nak cerita satu benda yang sangat2 lawak+ memalukan + xkan kulupa …
Memandangkan student occupational therapy part 1 dah start cuti final pada 8 october,,maka kami ambil kesempatan untuk keluar hangout ramai2..yeayyy



Emm,kat mana lagi tempat lepak budak2 UiTm Puncak Alam kalau tak di Setia City Mall, a.k.a SCM…masa naik bus aku and azie naik sekali dengan Biha, yAnie , Kak Masyuslinda , Tharwah hidayah and Amalina..

Sampai je SCM aku tanya biha n the geng except Azie la,,aku tanya diorang nak makan dulu ke tgok movie dulu,,tp diorang jawab nak pegi tgok movie,ok fine laa,,aku and Azie prefer untuk makan dulu. Jalan punya jalan terjumpa Nando’s,,waaaaaaaaaaaaaaaa,dah lama x makan,last makan time aku and Tj’s girls ada mini reunion kat Alamanda….so aku ajak la azie makan kat situ..masukla duduk kat meja untuk couple…




Apa yang menyerabutkan kepala otak aku bila nak pilih makanan..hahahahaha,aku mana tau nak pilih apa sebenaqnya,aku tengok nama makanan tu tapi tak tau apa,,yg aku tau ada wings,ada chicken kebeb, yang lain aku tak tau apa jenis makanan tu,hahaha,perak jakun betoi,before ni aku penah makan dgn kawan2 n aunt aku,tp diorang la yg order,aku x tau sgt pasal jenis makanan ni,,hampir 15 mint aku dgn azie dok pilih makanan,hahahahaha.nampak tak aku dah kaku di situ,bhahaha..last2 aku ckp kat org tu

                                  “saya nak chicken kebab  , spicy rice , fries n ice 
                                        lemon tea”       
            
Azie pon taktau nak pilih apa. Last2 dia tiru aku,Cuma dia nak Mediterranean rice n smash potato..
Aku rasa org tu pun gelak dkt aku ngan Azie sbb mcm pelik ja apa yg kami pilih,aku pon,,emm lantaklah asal boleh makan...tp dlm hati kami dua,malu menebal hampir 11 inci dah masa tuu..hahahahahha


MALU

Beberapa minit kemudian , MAKANAN DAH SAMPAI,,yeayy..aku tgok aku punya mkanan pastu start makan,masuk2 mulut,mak aaaii masamnya nasi aku,kata spicy,hahahha,berapa gelas aku refill air aku pon tatau semata-mata nak habiskan makanan aku yg bueksss,longgaq anak tekak aku,hahah.azie pulak terus ambik satu potato dan sumbat dlm mulut,dia kata tak sedap..aku pon try la,,ya Allah rempah kari daging rusa apa yang ada dlm potato ni ???/ 


haha,mual aku makan..tp aku control ja mkn,buat2 mcm xdak apa2 supaya kalau waiters tu tgok kami makan sampai habis,sooo,dia xla hairan sangat kalau kami pilih makanan yg combination nya amat pelik tu,hahahhahaah.. aku dengan azie tak larat nak gelak kat diri kami masing2..apa la bengap sangat kami ni,,makan kat kenny/kfc/mcd pon kenyang lagi kalau nak compare makan nasi masam ni ,hahaha,tp buat2 lalu ja mknan tu..

Apa yang lawaknya,sambil makan aku ngan azie sembang
Aku- “weh,anak tekak aku dah kembang,tak lalu aku nak makan dah ni”
Azie- “sama laa,ish kalau kita p kfc ka mcd kaaa,lagi kenyang..hahah”
Aku- “yang hang ni pon satu, dok pilih smach potato ni kenapa,rasa mcm apa ja,kalau ayam ka itik aku yang kat  rumah tu pon boleh cirik makan ubi basi ni..huhu”

AKU DGN AZIE TERGELAK TERBAHAK-BAHAK bila fikir apa yg dah jadi ngan kami,,hahaha,buat2 mcm sembang sesuatu yg menarik tapi hakikatnya kami berlakon ja pun,takut waitress tu trace apa yg kami bualkan..hahhaa,terror betul berlakon yeeee
Smach potato yg azie pesan tu ada semangkuk kot,tp kami makan 4 ketul mcm tu ja sbb mmg rasa mcm kulit kayu manis,haha.. aku ckp kat azie “ weh,hang kena habiskan jugak makan benda ni,kalau tak buat malu ja ,mesti waitress tu kata kita tak reti makan benda2 mcm ni,,tulaa galak dok pilih benda alah ni,( sambil ckp slow2+gelak2 )”  TAPI azie x mampu,,aku pon bagila idea yg sgt BODOH tp berguna at last.hahahhahaha,cuba teka apa dia ???


“AZIE,SATU JA CARA MUDAH, HANG AMBIK TISU PASTU HANG AMBIK POTATO TU MASUK DLM TISSUE SEMUA,TAPI JGN BAGI LICIN MANGKOK TU,TINGGAL LA 2/3 KETUL,LEPASTU BAWAK MASUK BAG SOROK2,KELUAQ DR RESTORAN NI KITA BUANG LAAAA,”


Azie gelak ka,dia xmau,katanya nanti org nampak masuk cctv org tu gelak ja tgok gelagat bodoh kami,hahaha,,last2 nanti diorang upload dlm youtube.hahah. Aaah,betoi jugak kan,eh,tpi kalau nk malu dlm utube biaqla,asalkan skrg mulakan misi tu,,kita dh bnyak buang masa dlm restoran ni,,
Pujuk punya pujuk,last2 aku yg buat bnda tu,hahahah.tp aku letak dlm bag azie..Apa yg aku tau dari dulu,harga dia mmg masyuk,ala2 America Latin gituu,heheh

Oke,ini kenangan aku untuk anak cucu cicit,,hehe


Lpasni jgn dok buat dah perangai JAKUN ooooii,malu2                                                                                         

               faiezafarhanamazlan

Sunday 7 October 2012

Mayat dijadikan patung butik pakaian pengantin




Di Chihuahua, Mexico, khabar angin tempatan mengatakan bahawa ada satu patung mannequin di tingkap sebuah kedai baju pengantin yang dikatakan sebenarnya mayat seorang gadis, patung mayat itu dikenali sebagai "Pascualita".Menurut cerita, seorang wanita yang bernama Pascuala Esparza memiliki butik perkahwinan di bandar, dan sedang menyiapkan satu gaun perkahwinan istimewa untuk anak gadisnya iaitu Pascualita yang akan berkahwin dalam masa terdekat.Semuanya berjalan dengan baik sehingga pada suatu hari bakal pengantin ini tiba-tiba meninggal dunia selepas digigit oleh serangga berbisa.

Tertekan oleh kematian anak perempuannyaPascuala kemudian mengekalkan bentuk anaknya dengan "memumiakan" anaknya itu dan memakaikannya gaun pengantin yang telah siap serta meletakkan "patung mannequin" Pascualita di tingkap kedai agar semua orang boleh melihat anaknya sebagai seorang pengantin.Hari ini, Pascualita kekal berdiri di tingkap "La Populardi pusat bandar Chihuahua. Walaupun ia dianggap sebagai sebuah mitos, namun ciri-ciri pada mannequin terutama pada bahagian tangan membuat orang percaya bahawa itu memang mayat Pascualita.

Lelaki Kristian masuk Islam =)

harini saja nak share apa yang aku baca pagi tadi lepas subuh.

cerita ni pasal seorang lelaki yang beragama kristian , at last Allah bagi hidayah utk dia masuk agama suci iaitu ISLAM..




Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.
Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam.
Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam….



                                                                                                                                             faieza farhana mazlan

release tension after final..

yeahhhh..

hari yg sangat best...habis saja paper CTU101, terus budak2 Occupational Therapy jerit 
                   
                            M.E.R.D.E.K.A !!!!

haha,,saja bagi budak2 physioterapy,nursing,medical imaging jealous..heheh..
kami je yg habis awal sbb exam langsung xdak gap..huishhh,,berat + tepu kepala otak den ni,,heheh
sampaikan nak jawab pon x terkeluaq apa nak tulis sbb dah likat kat otak,,bhahahahahha..

apa yg paling best sekali lepas paper CTU td is  AKU , NABILAH , AZIE , NAD , IEKA , NYONYA , NAJWA..ramai2 pakat nak panjat rooftop bangunan fakulti kami,,yes,of course FAKULTI SAINS KESIHATAN building kan...

FSK6..gilerlaaa,,,tinggi nak mampus..gayat sangat 80000xx..

                      MACAM NIE >>>>>>>>>


haha,,lepas tu kami melawat kolam ikan,,bagi ikan makan roti..fuhhh,,,beribu2 ekor ikan,,
teruja gila..secubit roti bg,,beribu datang,,haha.pengalaman..wowww

hahah..hepi je kan dah habis final,,baru semester 1,,hahahha
harini makan paling banyak,,sampai pkul 11 malam duk makan kat rafflesia..


baru tau untungnya p malam2 masa nak tutup,,makannan dapat bnyak gila..hahaa
beli french fries seringgit dpt satu plastik besaq,,fuhh,,loya aku makan,,haha

esok..keluaq jalan2 dululah,,,hehe

thanks azie sbb tumpangkan kereta.
syukur sangat2 sbb ramai insan yg sudi membantu aku spanjang proses nak balik cuti sem ni..ucapan terima kasih tak terhingga kepada insan2 tersebut


  1. mak cik syera ( tumpang letak printer n buku kat rumahnye di klang )
  2. kak Pija , senior masa sekolah dulu. ( tumpang letak 2 bag kat rumahnya + baldi )
  3. azie ( abang dia nak mai ambik kami )\

may Allah bless all of u...insya'Allah


My final exam for first semester ends here !!!!!

ALHAMDULILLAH..



              Yeayyyy,,,yabedabeduu

final exam ends today...
what a relief..
Feel much better sharply after 1615 pm..heheh


just now,,syera's aunt came here and took all the things from both of us to be kept in her house for a while because the semester holiday is around the corner.

I also get ready to bring many of my items to kak Pija's room at rafflesia 1...
whoaaa ,, very2 far lorh, but i don't have any place to keep my items.

yeah,i promise that I will buy something to them to repay them..insya'Allah

tomorrow, i will go to PEJABAT AKEDEMIK FAKULTI SAINS KESIHATAN in order to take KADS1M (kad diskaun siswa 1Malaysia) .. after that,i ll go to setia city mall,,i'll enjoy there together with all of Occupational Therapy student bcause we hangout there before back to our own house. 

                            what we will do there????

1- of course watching movie
2- go to mcd/kfc/kenny rogers roasters..
3-play bowling
4-buy something for mama's birthday ( me )
5-window shopping only..heheheheh

3PM ,, azie's brother will take both of us and go back to KEDAH...
yeayy,,

pity to PHYSIOTHERAPY , MEDICAL IMAGING AND NURSING students because their final exam will ends late  compared to  OT student because OT student do not have any gaps during final exam,but they have..
hehe,,

dont jealous2 friends...hehe
good luck to all of u..




Saturday 6 October 2012

what doesn't kill u make you stronger ??


Life is about up and down, sometimes we feel we are on the top of the world, like you're living in paradise. sometimes you just feel falling down, crush to the ground and break into pieces. 


That is life. you will never know when the time comes. We just hope for the best and prepare for the worst. 


Failure is one of the life mess that we have to go through, to learn from our mistakes and never repeat again, and to make us stronger as we gone through the pain. failure teaches not to give up, no matter how bad the mess is. there is always a brand new day. 


It is hard to accept the fact- sometimes it hurts so much. It's okay to cry, let everything out from ourselves, we will feel much better afterwards. Everybody hurts someday. Time will heal like people say. It does. It makes you think what did you do wrong, keep moving foward and be prepared for the future.


Without failure there is no meaning of succes, Bill Gates, Steve Jobs are examples of successful men who had failed in their life. A real success is when we climb up from the fall, try harder with fearless , learn from our mistakes, and never gives up. 







    What doesn't kill you makes you
                   stronger! 



Live life and be happy!

WHAT HE SAID ! !



Never knew that love makes you go crazy

Never knew that love makes you excited

Never knew that love makes you nervous

Never knew that love makes your head spinning

Never knew that love makes your heart beat faster

Never knew that love makes you smile


Never knew that love inspires you

Never knew that love makes you cry

Never knew that love makes you trembling

Never knew that love breaks your heart

Never knew that love kills you from inside no matter how strong you are


Last but not least, never knew that love is POWERFUL


ZAZAJUARA

CARELESS :'(

Harini merupakan hari yg sesangat2 sedih,,,

tak pernah buat benda bodoh mcm ni..
harini second last paper aku,,THERAPEUTIC ACTIVITY.

bagi aku subject ni agak senang,ya senang bg sesiapa yg study laa..
malam sebelum final exam utk therapeutic,aku ada message miss syaqina ( pensyarah subject ni )..ada jugakla mintak pendapat dia kalau aku just baca latihan yg dia bg oke tak ??
miss reply dia ckp ok jaa,,cuma tumpu lebih pada ACTIVITY ANALYSIS..katanya topic lain2 tu baca la jugak,,nampak tak ada HINT kat situ,,hehe

subject nilah satu2 nya subjest yg aku tido awal,,pukul satu dah lentok x ingat dunia,,haha
bangun pkul 5.co mandi,solat subuh,revise sikit2 apa yg patut..yeahhh,,i'm ready for today ! ! !
=D  senyum ja ,rasa semangat sikit sbb suka ngan subject ni..
bila dah masuk dewan,,fuhh rasa ketaq lutut tiba2,,hehe
aku cari meja berhampiran tingkap,,sejuk gila dewan tuu..
pastu bila dah dapat instruction dari pengawas peperiksaan,,
start la jawab,

,emmm, power juga soalan ni,,susah jugak,hahahaha
tp okla,,insya'Allah,kita yakin pad diri sendiri,apa yg kita usaha itu yg kita dapat kan,,

lagi 45 minit sebelum masa tamat,aku dah siap jawab,,ada la sikit2 mmg x tau jawapan apa,,biaq jela,,xkan nak meniru kot,,gilakah ???? haha

aku heran kenapalah,ramai yg x siap2 lagi,aku cek jawapan sampai banyak kali,
last2,,masa pon tamat..
peengawas periksa pon kata
               
                                "ok, masa menjawab anda sudah tamat,sila habiskan ayat terakhir anda"

MASA NI >>>>>>>>>>>>>>>

                                  aku punya la rajin,sampaikan kertas soalan pon cek balik,,

TIBA-TIBA.....

Arrghhhh,,,part B,20 markah kenapa aku x perasan ???
soalan tu belakang sekali. soalan bonus bagi aku sbb dlm group assignment,aku yang buat part tersebut..aku rasa kacang gila benda tu,,tapi kenapa aku tak nampak ????


                kenapa ? kenapa ? kenapa ?

kawan2 semuanya saling tanya menanya..ada yg kata susah,ada kata 50-50, aku x terkata apa2,terkedu sementara..

YA ALLAH ujian apa kah yg kau berikan padaku..
meleleh air mata jernih aku,kawan2 semua hairan dan tanya aku apa yg jadi ??
aku sebak gila2..

masa tu perkataan yg terbayang2 depan mata aku ialah R.E.P.E.A.T.

oh tidakkkkk..apa sudah jadi,ZAZA... subject yg kau suka dan kau suka pon x kan nak kena repeat,,masa ni teringat habis mama,abah,miss syaqina,,,,maluuuuuuuuuuu

aku x mau repeat,awat aku careless sangat ??

kalau org tanya kenapa x jwab ???  AKU KATA AKU INSAN TERPILIH..Allah uji aku,,
ALLAH HUAKBAR..

bukan aku saja yg x nampak soalan part B,,kawan baik aku NABILAH pon x nampak jugak..
sabaq nabilah,,jgn sedih2,harap2 carry marks kita boleh bantu,,semoga segalanya dipermudahkan,,

aku ada call miss syaqina,mula2 dia tanya aku jugak,

KENAPA AWAK X PERHATIKAN BETUL2 SOALAN TU ??
AWAK TAHUKAN ITU SOALAN BONUS YG SAYA BAGI UNTUK KAMU SEMUA..
                        masa tu apa yg aku tahu hanya menangis dan merayu supaya dia bg peluang aku jawab soalan Part B,,soalan apa2 pon takpa,,susah sikit pon takpa,asalkan aku xdakla buang macam tu ja 20 markah...

MISS SYAQINA SAID, OKLAH,,TENGOK DULU MCM MANA,KALAU APA2 SAYA BG TAHU AWAK DAN NABILA NANTI, (masa tu aku dengaq miss gelak ja kat aku )

dugaan,,,sabar jelah..

apa pon zaza,teruskan usaha,lagi satu lagi paper,esok pulun sehabis mungkin,,,GANBATE KUDASAI ! ! !


  • KALAU DITAKDIRKAN AKU KENA REPEAT, tak apa,itu peringtan utk semua..aku kena repeat dlm keadaan bermaruah :'( 


            careless membunuh! ! ! !



                                                                                                                                           zazajuara,