Sahabat
Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?
Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.
Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.
Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?
Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.
Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.
Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan.
Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.
Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar.
Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah
.
Rujukan :
buku: kerana cinta harus memilih (ust burhan sodiq)
No comments:
Post a Comment