Saturday, 21 September 2013

CARA MERAWAT KEDUKAAN

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
- Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
 - Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup :
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Jadi Sahabat Sahaja, Tak Perlu Kapel


Sahabat

Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?
Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.
Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.
Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?
Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.
Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.
Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan. 
Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.
Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. 
Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah
.
Rujukan :
buku: kerana cinta harus memilih (ust burhan sodiq)
kenapa nak susah hati bila takda pasangan lagi?
biaq p la kat orang couple tu,
esok lusa bila putus atau gaduh,
hati depa jugak yang sakit terluka kan?

Allah jaga hati kita,
supaya tak rasa terluka macam tu.

takkan tak bersyukur lagi kot?

Allah sayang kita,
ingat tu.”

cinta PERTAMA mungkin bukan yang TERAKHIR

Dia mungkin yang pertama...

Terima kasih sebab sudi terima perasaan saya dulu..tanggal 13/4/13.
kenapa saya pilih awak ?? sebab saya suka awak yang relax,cool and sempoi..
saya gembira sbb awak selalu care tentang diri saya..saya sorok rasa gembira itu..saya tak tunjuk pada awak!!

Tapi lama-kelamaan saya lihat awak bukan nya lelaki yg saya cari2 seperti dulu,awak dah berubah !! banyak sangat...awak tak kesah bergaul dengan perempuan,awak boleh saja keluar dgn perempuan lain, awak boleh saja berbalas mesej dgn perempuan lain..saya tahu semua tu !!

awak, hati perempuan mudah terluka,senang sangat nak jealous !! saya mmg tak pernah bersembang face to face dgn awak sbb saya akan jadi kaku bila tengok awak, kalau saya nampak awak, saya sanggup cari jalan lain supaya kita tak berselisih..hakikatnya awak sedar yang saya malu dgn awak !!!

saya makin rasa sakit hati bila awak pura-pura CARING pada saya dan pada waktu yg sama awak keluar dgn perempuan lain,awak layan perempuan lain...awak tahu apa saya rasa saat saya lihat awak dan dia..awak buat tak tahu..jadi saya dapat simpulkan kat sini,awak mmg tak kesah saya lihat benda tu semua dpn mata saya, sbb awak nak saya tahu yg awak dah ada org lain,,dan saya dah salah faham dalam permulaan hubungan selama ni...

permulaan yang disalah ertikan membawa kepada kehancuran..awak,lainkali cakap biar jelas,jangan malu nak tolak perasaan tu ,cakap tak payah nak berkias,,straight forward ja...

tanggal 20/9/2013..8.30 malam-10 malam di padang kawad..kita bersua muka dan buat kali pertamanya saya memberanikan diri utk berkata2 dan meluahkan segala perasaan yg ada dlm hati ni...biarlah masalah kita selesai dgn cara elok...

yeah...kita masing2 salah..masing2 salah faham, ada yang syok sendiri,ada yang hipokrit dgn pendirian...yeah,,malam tu juga kita saling betul-memperbetul kesalahan kita..supaya benda ni x kan berulang dgn pasangan kita nanti..yeah,,kita berdua masing2 masih mentah dlm hal2 perasaan sbb ini first time kita terjebak dlm benda2 ni...betul kata awak,benda ni pengalaman utk kita dan banyak pengajaran utk kita..

terima kasih sekali lagi atas segala keprihatinan awak selama ini...saya harap awak bahagia dengan dia dan saya bahagia dgn si dia yg bakal saya ketemu kelak..

terima kasih untuk pemberian itu,,saya akan simpan,kenangan permulaan persahabatan kita..
KENANG DAKU DALAM DOAMU

Saat Hati Aku Hancur Kerana CINTA PADA MANUSIA

Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan Hati wanita ketika bersedih...

Wanita marah bukan bererti dia pemarah, melainkan hatinya tengah terluka...

Wanita yang cenderung diam bukan bererti dia egois ataupun acuh tak acuh, melainkan diam itu lebih baik untuknya.

Ketika Hati wanita disakiti...
Mungkin susah di gambarkan dengan apapun, namun hancurnya hati wanita ketika disakiti lebih dari air matanya yang mengalir dengan perlahan..

Ketika Hati wanita disakiti...
Tak banyak yang dapat ia lakukan..
Yang ia tahu hanyalah air mata mengalir membasahi pipinya..
Yang ia tahu hanyalah dadanya yang terasa sesak..
Yang ia tahu hanyalah Sebuah tanda Cinta-Nya.

Jika kau ingin mengenggamnya maka genggamlah dengan halus..

Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan..

Kerana ia adalah makhluk yang sangat rapuh..
Jika diibaratkan kaca, Maka jangan terlalu kasar membersihkannya, kerana ia akan menjadi calar..

jika kau meletakannya jangan kau letakkannya dgn kasar kerana ia akan pecah...

Saturday, 12 January 2013

Aku mahu berubah

Luahan hati seorang Pendosa :')

"Sapa tak pernah buat dosa? Kita manusia biasa dan bukan maksum. Jangan bputus asa utk bangun kmbali bila kamu bbuat DOSA. Mungkin kita bleh ckap, "Allah mesti dh benci ak sbb ak asyik ulang dosa yg sama". Tapi sebenarnya tidak. Allah xbenci, malah kasih sygnya bganda sekiranya kita nk kmbali kpd jalanNya. Jika kamu sering buat MAKSIAT, kamu tahu dosanya besar. Tapi, sekurang2nya kamu tidak MURTAD seperti sesetengah yg lain. Walaupun kamu sering buat MAKSIAT, tapi Allah jaga IMAN kamu. Sesetengah manusia, dahlah buat DOSA, lepastu menyirikan Allah pulak. Maka bersyukurlah dgn apa yg Allah takdirkn kpdmu. Siapa tahu dgn MAKSIAT itu adlh ujian Allah yg dapat tingkatkan keimanan kamu"

minta maaf kpd hamba2 Allah yg pernah terguris dgn sikap aku..dah byk kesilapan yg aku lakukan.. mohon ampun sebelum terlambat.Insya'Allah :)

sampai bila aku nak jahil mcm ini..ya Allah..betapa sedihnya aku bila kenang balik apa yg aku dah buat selama ini.. aku tunjuk contoh  yg  buruk kat org bukan Islam.benda tu akan reflect balik pada agama kita...

sekarang bila aku munasabah diri semula,baru aku sedar,,,aku kena berubah..berubah ke arah kebaikan

aku takut Allah :'(

Friday, 4 January 2013

AKU TAK INGIN SENDIRI

Assalammualaikum...

emm,harini time aku agak free and aku berkesempatan utk post sesuka hati aku kat sini..hahahahah
hari ini just ada kelas anatomy..enjoy !!!!

aku nak sembang pasal hati dan perasaan kat sini..acewahhhh,haha,jiwang sikit..

aku diambil dari tulang rusuk lelaki..kalau Allah satukan dua org yang berlawanan sifatnya,maka itu akan jadi saling melengkapi...  (woahh,,kiranya macam aku bising yang HUHAHUHA..dia pulak cool je dan x banyak cakap.how sweet!! heheh )


tapi,ada ke lelaki yang nak kan aku ni????
terus terang aku katakan aku sentiasa rasa rendah diri utk jatuh hati dan meluahkan rasa suka pada seseorang sebab terasa diri ini kurang sempurna,tak cantik,gemuk,tak putih melepak...emmm.aku serious rasa rendah diri utk memula sesuatu relationship..akhirnya takda satu pon hati yg tertawan dan xda pula perahu yg berlabuh....



aku rasa humble dgn apa yg aku miliki sekarang..kekurangan tu buat aku rasa malu sampaikan aku rasa diri aku tak menarik langsung dan tak peduli dgn diri sendiri..Lebih2 lagi kalau urusan jodoh,aku memang tak berani pikir sebab rasa jodoh tu bak bintang yang tak mungkin tergapai..dan mendorong utk aku berputus asa yg berterusan..

apapun,aku percaya.. setiap manusia sudah ditakdirkan jodohnya dan tugas manusia hanyalah menjemputnya di waktu yg tepat. Insya'Allah aku segera menjumpainya manakala aku juga yakin terhadap janji Allah..

ya,kekurangan yg aku miliki ini adalah cubaan dari Allah dan cubaan inilah yg akan menguji berapa kuatnya keteguhan imanku kepada-Nya...

Aku juga patut bersyukur sbb dgn cara itu,aku senang lah dpt agak My future husband tu suka sbb aku cantik ke sbb dia mmg betul2 suka kan aku..bolehke dia terima aku seadanya..kann.

hehe.melalut jauh pasal jodoh,,relax Zaza,,masih muda.haha (padahal benda ni lah yg buat aku rasa takut dan dok pikir selalu). Aku bukan excited nak kawin muda yeeee..hehe


zaza farhana    :)

Wednesday, 2 January 2013

AKU TAK SINGLE TAPI ALLAH SOROK BAKAL SUAMIKU

 Ramai orang cakap seronok lah couple itu ini,,,yeke??
okay aku mengaku aku pernah suka someone tapi maybe dia tak tahu aku suka dia dan aku dan dia terlost contact sebab kesalahan aku sendiri...

sejak saat itu, aku nekad aku x nak suka sapa-sapa lagi sampai aku dapat ijazah..tapi bagi aku normal la suka diam2 tu kan, aku tak kesah sbb sejak aku study kat UiTM Puncak Alam ni aku ada ja suka senyap2 kat lelaki tapi perasaan tu lenyap kembali,,haha,magic tak??  tau sebab apa?? SEBAB AKU TAK NAK JADI BODOH GILA BAYANG SORANG-SORANG..

nampak tak gaya org gila bayang??? hehe



sekarang aim aku nak focus study betul2,,jadi Occupational Therapist yang berjaya dan berbakti kepada yang memerlukan.. okay start je kerja,kalau ada rezeki insya'Allah aku nak beli kereta,rumah,super bike impian,berbakti untuk mama dan abah,beli barang2 yg aku idam2 kan, berseronok dgn kawan2 then lepastu baru la kahwin...emm,kan syok tuuuu..




                               Insya'Allah kalau ada jodoh aku,maka adalah,,sabar2

EMM,who's the lucky boy?? hehe..see u in the future MR husband :)