Saturday, 12 January 2013

Aku mahu berubah

Luahan hati seorang Pendosa :')

"Sapa tak pernah buat dosa? Kita manusia biasa dan bukan maksum. Jangan bputus asa utk bangun kmbali bila kamu bbuat DOSA. Mungkin kita bleh ckap, "Allah mesti dh benci ak sbb ak asyik ulang dosa yg sama". Tapi sebenarnya tidak. Allah xbenci, malah kasih sygnya bganda sekiranya kita nk kmbali kpd jalanNya. Jika kamu sering buat MAKSIAT, kamu tahu dosanya besar. Tapi, sekurang2nya kamu tidak MURTAD seperti sesetengah yg lain. Walaupun kamu sering buat MAKSIAT, tapi Allah jaga IMAN kamu. Sesetengah manusia, dahlah buat DOSA, lepastu menyirikan Allah pulak. Maka bersyukurlah dgn apa yg Allah takdirkn kpdmu. Siapa tahu dgn MAKSIAT itu adlh ujian Allah yg dapat tingkatkan keimanan kamu"

minta maaf kpd hamba2 Allah yg pernah terguris dgn sikap aku..dah byk kesilapan yg aku lakukan.. mohon ampun sebelum terlambat.Insya'Allah :)

sampai bila aku nak jahil mcm ini..ya Allah..betapa sedihnya aku bila kenang balik apa yg aku dah buat selama ini.. aku tunjuk contoh  yg  buruk kat org bukan Islam.benda tu akan reflect balik pada agama kita...

sekarang bila aku munasabah diri semula,baru aku sedar,,,aku kena berubah..berubah ke arah kebaikan

aku takut Allah :'(

Friday, 4 January 2013

AKU TAK INGIN SENDIRI

Assalammualaikum...

emm,harini time aku agak free and aku berkesempatan utk post sesuka hati aku kat sini..hahahahah
hari ini just ada kelas anatomy..enjoy !!!!

aku nak sembang pasal hati dan perasaan kat sini..acewahhhh,haha,jiwang sikit..

aku diambil dari tulang rusuk lelaki..kalau Allah satukan dua org yang berlawanan sifatnya,maka itu akan jadi saling melengkapi...  (woahh,,kiranya macam aku bising yang HUHAHUHA..dia pulak cool je dan x banyak cakap.how sweet!! heheh )


tapi,ada ke lelaki yang nak kan aku ni????
terus terang aku katakan aku sentiasa rasa rendah diri utk jatuh hati dan meluahkan rasa suka pada seseorang sebab terasa diri ini kurang sempurna,tak cantik,gemuk,tak putih melepak...emmm.aku serious rasa rendah diri utk memula sesuatu relationship..akhirnya takda satu pon hati yg tertawan dan xda pula perahu yg berlabuh....



aku rasa humble dgn apa yg aku miliki sekarang..kekurangan tu buat aku rasa malu sampaikan aku rasa diri aku tak menarik langsung dan tak peduli dgn diri sendiri..Lebih2 lagi kalau urusan jodoh,aku memang tak berani pikir sebab rasa jodoh tu bak bintang yang tak mungkin tergapai..dan mendorong utk aku berputus asa yg berterusan..

apapun,aku percaya.. setiap manusia sudah ditakdirkan jodohnya dan tugas manusia hanyalah menjemputnya di waktu yg tepat. Insya'Allah aku segera menjumpainya manakala aku juga yakin terhadap janji Allah..

ya,kekurangan yg aku miliki ini adalah cubaan dari Allah dan cubaan inilah yg akan menguji berapa kuatnya keteguhan imanku kepada-Nya...

Aku juga patut bersyukur sbb dgn cara itu,aku senang lah dpt agak My future husband tu suka sbb aku cantik ke sbb dia mmg betul2 suka kan aku..bolehke dia terima aku seadanya..kann.

hehe.melalut jauh pasal jodoh,,relax Zaza,,masih muda.haha (padahal benda ni lah yg buat aku rasa takut dan dok pikir selalu). Aku bukan excited nak kawin muda yeeee..hehe


zaza farhana    :)

Wednesday, 2 January 2013

AKU TAK SINGLE TAPI ALLAH SOROK BAKAL SUAMIKU

 Ramai orang cakap seronok lah couple itu ini,,,yeke??
okay aku mengaku aku pernah suka someone tapi maybe dia tak tahu aku suka dia dan aku dan dia terlost contact sebab kesalahan aku sendiri...

sejak saat itu, aku nekad aku x nak suka sapa-sapa lagi sampai aku dapat ijazah..tapi bagi aku normal la suka diam2 tu kan, aku tak kesah sbb sejak aku study kat UiTM Puncak Alam ni aku ada ja suka senyap2 kat lelaki tapi perasaan tu lenyap kembali,,haha,magic tak??  tau sebab apa?? SEBAB AKU TAK NAK JADI BODOH GILA BAYANG SORANG-SORANG..

nampak tak gaya org gila bayang??? hehe



sekarang aim aku nak focus study betul2,,jadi Occupational Therapist yang berjaya dan berbakti kepada yang memerlukan.. okay start je kerja,kalau ada rezeki insya'Allah aku nak beli kereta,rumah,super bike impian,berbakti untuk mama dan abah,beli barang2 yg aku idam2 kan, berseronok dgn kawan2 then lepastu baru la kahwin...emm,kan syok tuuuu..




                               Insya'Allah kalau ada jodoh aku,maka adalah,,sabar2

EMM,who's the lucky boy?? hehe..see u in the future MR husband :)

Tuesday, 9 October 2012

TANDAS AWAM

EM,,tiba-tiba aku baru terfikir pasal benda ni...ya Allah sungguh bertuah penghuni2 syurga kerana buat benda baik Allah kurniakan syurga yang sungguh indah.

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”


Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?" :')


Unforgettable memories at Nando's restaurant


Assalammualaikum,,

Actually aku nak cerita satu benda yang sangat2 lawak+ memalukan + xkan kulupa …
Memandangkan student occupational therapy part 1 dah start cuti final pada 8 october,,maka kami ambil kesempatan untuk keluar hangout ramai2..yeayyy



Emm,kat mana lagi tempat lepak budak2 UiTm Puncak Alam kalau tak di Setia City Mall, a.k.a SCM…masa naik bus aku and azie naik sekali dengan Biha, yAnie , Kak Masyuslinda , Tharwah hidayah and Amalina..

Sampai je SCM aku tanya biha n the geng except Azie la,,aku tanya diorang nak makan dulu ke tgok movie dulu,,tp diorang jawab nak pegi tgok movie,ok fine laa,,aku and Azie prefer untuk makan dulu. Jalan punya jalan terjumpa Nando’s,,waaaaaaaaaaaaaaaa,dah lama x makan,last makan time aku and Tj’s girls ada mini reunion kat Alamanda….so aku ajak la azie makan kat situ..masukla duduk kat meja untuk couple…




Apa yang menyerabutkan kepala otak aku bila nak pilih makanan..hahahahaha,aku mana tau nak pilih apa sebenaqnya,aku tengok nama makanan tu tapi tak tau apa,,yg aku tau ada wings,ada chicken kebeb, yang lain aku tak tau apa jenis makanan tu,hahaha,perak jakun betoi,before ni aku penah makan dgn kawan2 n aunt aku,tp diorang la yg order,aku x tau sgt pasal jenis makanan ni,,hampir 15 mint aku dgn azie dok pilih makanan,hahahahaha.nampak tak aku dah kaku di situ,bhahaha..last2 aku ckp kat org tu

                                  “saya nak chicken kebab  , spicy rice , fries n ice 
                                        lemon tea”       
            
Azie pon taktau nak pilih apa. Last2 dia tiru aku,Cuma dia nak Mediterranean rice n smash potato..
Aku rasa org tu pun gelak dkt aku ngan Azie sbb mcm pelik ja apa yg kami pilih,aku pon,,emm lantaklah asal boleh makan...tp dlm hati kami dua,malu menebal hampir 11 inci dah masa tuu..hahahahahha


MALU

Beberapa minit kemudian , MAKANAN DAH SAMPAI,,yeayy..aku tgok aku punya mkanan pastu start makan,masuk2 mulut,mak aaaii masamnya nasi aku,kata spicy,hahahha,berapa gelas aku refill air aku pon tatau semata-mata nak habiskan makanan aku yg bueksss,longgaq anak tekak aku,hahah.azie pulak terus ambik satu potato dan sumbat dlm mulut,dia kata tak sedap..aku pon try la,,ya Allah rempah kari daging rusa apa yang ada dlm potato ni ???/ 


haha,mual aku makan..tp aku control ja mkn,buat2 mcm xdak apa2 supaya kalau waiters tu tgok kami makan sampai habis,sooo,dia xla hairan sangat kalau kami pilih makanan yg combination nya amat pelik tu,hahahhahaah.. aku dengan azie tak larat nak gelak kat diri kami masing2..apa la bengap sangat kami ni,,makan kat kenny/kfc/mcd pon kenyang lagi kalau nak compare makan nasi masam ni ,hahaha,tp buat2 lalu ja mknan tu..

Apa yang lawaknya,sambil makan aku ngan azie sembang
Aku- “weh,anak tekak aku dah kembang,tak lalu aku nak makan dah ni”
Azie- “sama laa,ish kalau kita p kfc ka mcd kaaa,lagi kenyang..hahah”
Aku- “yang hang ni pon satu, dok pilih smach potato ni kenapa,rasa mcm apa ja,kalau ayam ka itik aku yang kat  rumah tu pon boleh cirik makan ubi basi ni..huhu”

AKU DGN AZIE TERGELAK TERBAHAK-BAHAK bila fikir apa yg dah jadi ngan kami,,hahaha,buat2 mcm sembang sesuatu yg menarik tapi hakikatnya kami berlakon ja pun,takut waitress tu trace apa yg kami bualkan..hahhaa,terror betul berlakon yeeee
Smach potato yg azie pesan tu ada semangkuk kot,tp kami makan 4 ketul mcm tu ja sbb mmg rasa mcm kulit kayu manis,haha.. aku ckp kat azie “ weh,hang kena habiskan jugak makan benda ni,kalau tak buat malu ja ,mesti waitress tu kata kita tak reti makan benda2 mcm ni,,tulaa galak dok pilih benda alah ni,( sambil ckp slow2+gelak2 )”  TAPI azie x mampu,,aku pon bagila idea yg sgt BODOH tp berguna at last.hahahhahaha,cuba teka apa dia ???


“AZIE,SATU JA CARA MUDAH, HANG AMBIK TISU PASTU HANG AMBIK POTATO TU MASUK DLM TISSUE SEMUA,TAPI JGN BAGI LICIN MANGKOK TU,TINGGAL LA 2/3 KETUL,LEPASTU BAWAK MASUK BAG SOROK2,KELUAQ DR RESTORAN NI KITA BUANG LAAAA,”


Azie gelak ka,dia xmau,katanya nanti org nampak masuk cctv org tu gelak ja tgok gelagat bodoh kami,hahaha,,last2 nanti diorang upload dlm youtube.hahah. Aaah,betoi jugak kan,eh,tpi kalau nk malu dlm utube biaqla,asalkan skrg mulakan misi tu,,kita dh bnyak buang masa dlm restoran ni,,
Pujuk punya pujuk,last2 aku yg buat bnda tu,hahahah.tp aku letak dlm bag azie..Apa yg aku tau dari dulu,harga dia mmg masyuk,ala2 America Latin gituu,heheh

Oke,ini kenangan aku untuk anak cucu cicit,,hehe


Lpasni jgn dok buat dah perangai JAKUN ooooii,malu2                                                                                         

               faiezafarhanamazlan

Sunday, 7 October 2012

Mayat dijadikan patung butik pakaian pengantin




Di Chihuahua, Mexico, khabar angin tempatan mengatakan bahawa ada satu patung mannequin di tingkap sebuah kedai baju pengantin yang dikatakan sebenarnya mayat seorang gadis, patung mayat itu dikenali sebagai "Pascualita".Menurut cerita, seorang wanita yang bernama Pascuala Esparza memiliki butik perkahwinan di bandar, dan sedang menyiapkan satu gaun perkahwinan istimewa untuk anak gadisnya iaitu Pascualita yang akan berkahwin dalam masa terdekat.Semuanya berjalan dengan baik sehingga pada suatu hari bakal pengantin ini tiba-tiba meninggal dunia selepas digigit oleh serangga berbisa.

Tertekan oleh kematian anak perempuannyaPascuala kemudian mengekalkan bentuk anaknya dengan "memumiakan" anaknya itu dan memakaikannya gaun pengantin yang telah siap serta meletakkan "patung mannequin" Pascualita di tingkap kedai agar semua orang boleh melihat anaknya sebagai seorang pengantin.Hari ini, Pascualita kekal berdiri di tingkap "La Populardi pusat bandar Chihuahua. Walaupun ia dianggap sebagai sebuah mitos, namun ciri-ciri pada mannequin terutama pada bahagian tangan membuat orang percaya bahawa itu memang mayat Pascualita.

Lelaki Kristian masuk Islam =)

harini saja nak share apa yang aku baca pagi tadi lepas subuh.

cerita ni pasal seorang lelaki yang beragama kristian , at last Allah bagi hidayah utk dia masuk agama suci iaitu ISLAM..




Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.
Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam.
Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam….



                                                                                                                                             faieza farhana mazlan